Showing posts with label Religion_I luv Islam. Show all posts
Showing posts with label Religion_I luv Islam. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

-koleksi Masjid2 yang terindah.sejuk mato den-

Koleksi 40 Masjid Terindah Di Dunia.

Sebagaimana telah diketahui, masjid adalah tempat suci bagi umat muslim.

Selain menjadi tempat beribadah, masjid dapat juga menggambarkan kebudayaan umat Islam dan menjadi bangunan dengan senibinanya yang indah, seperti yang akan anda lihat pada foto-foto dari masjid terkenal di bawah ini yang terdapat di berbagai penjuru dunia :




Masjid Suci Al-Haram, Arab Saudi

Masjid Nabawi, Arab Saudi

Masjid di Brunei

Masjid Putrajaya, Malaysia – dibangun di atas air

Masjid Umayyad, Damascus

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Masjid Faisal, Pakistan

Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, Brunei

Masjid Besar Jumeirah, Dubai

Masjid Putra di Putrajaya, Malaysia

Masjid Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan, Abu Dhabi UEA

Masjid Sultan Ahmet Camii (The Blue Mosque), Istanbul Turki

The Blue Mosque dilihat dari Hagia Sophia

Masjid Crystal, Malaysia

Masjid Schwetzinger, Jerman

Masjid Suci Golden, Singapura

Masjid Sehzade, Istanbul Turki

Makkah, Arab Saudi

Salah satu Masjid di Jeddah Arab Saudi

Masjid Lao Huasi Sufi di Linxia Cina

The Mezquita, Spanyol

Masjid Sheikh Zayed

Masjid Shahjahan, Pakistan

Masjid dan Menara Kembar, Malaysia

(tidak diketahui dimana letaknya)

Masjid Omayad, Syria

Masjid Besar, Bahrain

Masjid Muhammad Ali, Kairo Mesir

Masjid Badshahi

Masjid Tooting, London

Masjid Zahir, Malaysia

Masjid Ubudiah

Masjid Sultan, Singapura

(tidak diketahui dimana letaknya)

Masjid terbesar di India

Masjid Al-Hassan II, Casablanca Moroko

Masjid terbesar di Amerika Utara

Masjid Alnour, Sharjah

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei



Jadi bagi anda umat muslim yang akan melancong ke luar negera, jangan lupa untuk berkunjung juga ke masjid-masjid diatas.

Selebihnya ada-koleksi Masjid2 yang terindah.sejuk mato den-

Friday, March 11, 2011

Amaran untuk manusia =.=



JANGAN LAKUKAN!!!


1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya


Selebihnya adaAmaran untuk manusia =.=

Thursday, March 10, 2011

-12 waktu mustajab utk berdoa-

 
mulakan dengan bismillah:
 

Slain usaha dn twakal,doa ialah satu2nya cra utk mncpai ssuatu hjat. Ada waktu2 trtentu pling mustajab utk brdoa kpd ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1) Smsa Lailatul-Qadar.
2) Ktka hjan trun.
3) Ktika mmulakn dan stlh slsai solat.
4) Ktika mghdpi brisan msuh di mdan pprngan.
5) Di tgh mlm.
6) Di antra azan dan iqamah.
7) Ktka sjud dlm solat.
8) Ktika iktidal akhir dlm solat.
9) Ktika khtam (tmt) mmbwa 30 Juz al-Quran.
10) Spnjng mlm, pling utama sprtiga awl dan sprtiga akhir (wktu shur).
11) Mlm Jumaat dn spjng hri Jumaat krna mnghrpkn brsua dgn saat ijabah (diprknankn doa) yg trltak di antra trbit fjar hgga trbnm mtahri pd hri Jumaat.
12) Di antra wktu zhur dn asar dn antra wktu asar dn mgrib.




Selebihnya ada-12 waktu mustajab utk berdoa-

Monday, March 7, 2011

~Jangan Mudah Membenci~





Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.


-menorobos pancaroba dunia-




 


Selebihnya ada~Jangan Mudah Membenci~

Wednesday, February 16, 2011

BERHATI_HATI DALAM KATA2 or MENAIP


.::hanya renungan::.


Mafhum hadis ke 15 dalam matan hadis 40 Imam Nawawi, Dari Abu Hurairah r.a bhw Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya". (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) "
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).
Berhati-hatilah kamu dalam mengatakan sesuatu tentang agama Allah SWT, jangan kamu cepat menghukum dengan sesuatu yang kamu jahil tentangnya kerana ianya telah diperingatkan oleh Rasulullah Saw kepada Abu Dzar r.a. Nabi  bersabda: "Hai Abu Zar, jika engkau ditanya sesuatu yang tidak engkau ketahui, jawablah saya tidak mengetahui supaya selamat dari tanggungjawabnya, dan jangan memberi fatwa terhadap apa yang engkau tidak ketahui, supaya selamat dari siksa Allah swt pada hari kiamat."
Disarankan oleh Rasulullah Saw kepada kita untuk memperbanyakkan kata-kata yang baik (Minda Positive & Hati Positive Menjadi Doa Tanpa Sedar), atau jika sememangnya yakin kita akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, maka lebih baik mendiamkan diri. Pastinya untuk mengelakkan kita daripada mengeluarkan kata-kata yang mampu menambahkan saham dosa yang mungkin sahaja sudah sedia tinggi di bursa saham dosa milik kita. Silap berkata ada yang terasa, silap berkata orang melihat keaiban kita, silap berkata kita pula yang membuka keaiban orang, silap berkata macam-macam perkara tidak baik keluar dari mulut. Mulut juga boleh jadi sebagai pusat utama untuk melakukan dosa.
Bukan susah nak berkata-kata. Tidak memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Namun, semuanya bukanlah bermakna kita hanya perlu diam sepanjang masa. 'Berkata baik atau diam'. Banyak sebenarnya perkara-perkara baik yang boleh kita sampaikan. Kita disarankan untuk lebih berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata supaya apa yang kita perkatakan tidaklah sampai dipandang sebagai kata-kata buruk. Mungkin kita perlu lebih berhati-hati dalam menuturkan kata-kata. Kerana kata-kata itu sebenarnya berbisa. seseorang boleh membunuh hanya kerana kata-kata dan boleh juga dibunuh kerana kata-katanya. Hebat, penangan sesuatu yang dinamakan 'kata-kata'. Berhati-hati juga, kita bertanggungjawab di atas apa yang kita sampaikan. Semakin banyak kita berkata-kata lebih banyak peranan kita terhadap kata-kata sendiri. Kerana itulah adanya istilah 'diuji dengan kata-kata sendiri'.
Jangan pula sampai terbantut niat menyampaikan kebaikan hanya kerana bimbang menyakitkan hati sesiapa. Berdoalah, agar kita dapat menjadikan kata-kata dan penulisan kita dalam bentuk yang berhikmah serta semoga Allah segera menyedarkan kita apabila kita sendiri lalai dengan kata-kata kita sendiri.
Kerana kata-kata itu boleh menjadi pemberat timbangan untuk ke syurga dan boleh juga menjadi laluan ke neraka.

p/s:aq nak masukkn video bicara kata..tp de probs pulak da..lau hayati btol2 kite faham mksud t'siratnye


BICARA KATA

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...


Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

 

Selebihnya adaBERHATI_HATI DALAM KATA2 or MENAIP

Monday, February 14, 2011

*nyanyian ibu utk tidurkn anknye ktk kcl suara y paling merdu di dunia.*SOKONG*

Koleksi Mutiara Kata
www.iLuvislam.com




Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Selebihnya ada*nyanyian ibu utk tidurkn anknye ktk kcl suara y paling merdu di dunia.*SOKONG*

Sunday, February 13, 2011

~15 pINTU SYAITAN YANG ADA DLM DIRI MANUSIA~

Bismillahirrahmanirrahim.....
15 Pintu Syaitan Yang Ada Dalam Diri Kita.
  1. Pintu Marah.
  2. Cinta Dunia.
  3. Enggan menghadiri majlis ilmu.
  4. Panjang angan-angan.
  5. Rakus.
  6. Bakhil.
  7. Suka pujian.
  8. Riak.
  9. Ujub (mengagumi diri sendiri).
  10. Takut & Gelisah.
  11. Buruk Sangka.
  12. Memandang Rendah orang lain.
  13. Suka pada dosa.
  14. Merasa aman dr pembalasan Allah.
  15. Putus Asa dari rahmat Allah.
15 Senjata Menghalang Syaitan
  1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik).
  2. Banyakkan berzikir.
  3. Banyakkan Beristigfar.
  4. Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”.
  5. Jangan tidur berseorangan.
  6. Baca doa pagi dan petang.
  7. Bersugi.
  8. Melaksanakan solat jemaah.
  9. Berwudhuk sebelum tidur.
  10. Menutup aurat.
  11. Membaca doa masuk tandas.
  12. Banyak berselawat pada hati.
  13. Bertaubat, beristighfar.
  14. Banyakkan baca Al-Quran.
  15. Membaca surah Yassin setiap pagi.
Wallahualam.....

Selebihnya ada~15 pINTU SYAITAN YANG ADA DLM DIRI MANUSIA~
Kirby
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
glitter-graphics.com