MillatFacebook: Facebook Islam Untuk Semua
By Amir Said · May 30, 2010 ·
Bermula 19 Mei lalu, Mahkamah Pakistan telah mengharamkan Facebook di Pakistan sehingga 31 Mei sebagai bantahan kepada satu page di Facebook iaitu “Everybody Draw Mohammed Day” atau dalam bahasa Melayunya Hari Melukis Nabi Muhammad. Aktiviti yang diadakan pada 20 Mei lalu di Facebook telah menimbulkan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Jika Mark Zuckerberg boleh berbangga dengan kejayaan laman sosial Facebook ciptaannya, Omer Zaheer Meer juga bakal menjejaki langkah Mark dengan penciptaan laman Facebook Islam iaitu MillatFacebook. MillatFacebook hampir menyerupai Facebook dari segi designnya, namun itu bukanlah persoalannya. Mungkin MillatFacebook ini sebagai laman sosial alternatif untuk umat Islam dan memboikot Facebook. Tidak mustahil dengan kehadiran MillatFacebook ini mampu memberi impak kepada Facebook. Sama-sama kita nantikan. Jika anda berminat, bolehlah mendaftarkan diri di MillatFacebook: http://www.millatfacebook.com/
“MillatFacebook helps you connect and share with more than 1.57 Billion Muslims and Sweet people from other Religions.”
MillatFacebook dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘Wall’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan. Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara.
Keburukan penggunaan Facebook ialah dari segi privasi. Facebook sesuka hati mendedahkan maklumat peribadi pengguna seperti nama, umur, tempat tinggal dan pekerjaan kepada advertisers (pengiklan-pengiklan). Facebook juga banyak meraih keuntungan melalui iklan-iklan di Facebook. Jika tidak mahu duit dilaburkan kepada pihak Yahudi, sama-sama lah kita sokong MillatFacebook yang dicipta bagi memenuhi keperluan sosial orang Islam terutamanya di Pakistan.
credit:oh Malaysia
⭐️ Archduchess Marie Astrid Celebrates 70th Birthday: A Life of Royalty and
Devotion
-
Archduchess Marie-Astrid of Austria, a member of the esteemed Habsburg
royal family, celebrated a significant milestone on July 17, 2022, marking
her 70t...
5 months ago
0 comments:
Post a Comment